Gaya Hidup Sihat

1.0       Pengenalan
1.1       Ulasan Tentang Brosur 3Five

Penulis Brosur:
Brosur ini telah disediakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dengan kerjasama daripada kementerian Kesihatan Republik China dan Pusat Pentadbiran Keselamatan Makanan Beijing. Sebenarnya telah diperkenalkan oleh WHO sejak tahun 2001 dan ianya dengan rasminya dilancarkan pada 10 Mac 2008, WHO, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Pusat Pentadbiran Makanan Beijing  dan jawatankuasa penganjur bagi Sukan Olimpik.

Isi kandungan Brosur:
Brosur ini telah memuatkan tentang 3Five , ini kerana pada kebiasaanya semua orang ingin kelihatan cergas dan merasa sihat, dengan memilih makanan yang selamat, makanan berkhasiat dan aktiviti fizikal yang biasa dilakukan seseorang itu dapat meningkatkan kesihatan mereka.
            Brosur ini akan meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang The 3 Five yang dapat menolong seseorang untuk membuat pilihan yang tepat berkaitan dengan penjagaa kesihatan. Sikap yang baik terhadap penjagaan kesihatan diperlukan oleh semua lapisan masyarakat tidak kira seseorang itu muda atau tua. Seseorang itu perlu untuk kelihatan sihat, rasa sihat, mengurangkan masa untuk berjumpa doktor, mengurangkan kandungan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, mengjaga berat badan dan banyak lagi faedah jika seseorang itu mengamalkan 3 five dengan baik dan berterusan.
            Pada 10 Mac 2008, WHO, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Pentadbiran Makanan Selamat Beijing dan Jawatankuasa Penganjur bagi Sukan Olimpik XXIX Beijing telah melancarkan 3 Fives untuk meningkatkan kesedaran tentang makanan, faedah aktiviti keselamatan, pemakanan dan aktiviti fizikal di kalangan penduduk Beijing. 3 Fives telah digunakan oleh pihak berkuasa China untuk menggalakkan gaya hidup sihat semasa Sukan Olimpik Beijing.
1
           

Kandungan utama brosur ini ialah  intipati 3 five iaitu tiga perkara yang  mempunyai lima langkah:
Pertama, Lima Kunci makanan yang lebih selamat
1. Menjaga kebersihan makanan
2. Barangan mentah dan dimasak berasingan
3. Masak dengan sempurna
4. Simpan makanan pada suhu yang selamat
5. Penggunaan air bersih dan bahan-bahan mentah yang bersih

Kedua, Lima Kunci diet sihat
1. Beri susu ibu hanya untuk 6 bulan pertama eringkat umur bayi
2. Makan pelbagai jenis makanan
3. Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
4. Makan jumlah yang sederhana makanan yang mengandungi lemak dan minyak
5. Kurangkan juga pengambilan garam dan gula

Ketiga, Lima Kunci aktiviti fizikal yang sesuai
1. Jika anda tidak aktif, ia tidak terlambat untuk memulakan aktiviti fizikal dan
    mengurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak aktif .
2. Sentiasa aktif setiap hari dengan cara yang anda boleh
3. Sekurang-kurangnya memperuntukkan masa 30 minit sehari untuk 5 hari seminggu
    untuk aktiviti fizikal.
4. Aktiviti yang dilakukan mestilah berterusan , lakukan aktiviti yang amda suka dan
    minat.
5. Perlu terlibat dalam sukan sekurang-kurangnya 60 minit  sehari bagi pelajar untuk
    menjaga kesihatan.


2
2.0       Latar belakang 3 Five
Lima Kunci Konsep Makanan Selamat telah diadakan pada tahun 2001. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memperkenalkan Lima Kunci Makanan selamat. Di peringkat antarabangsa ianya telah disebarkan dan diterjemahkan ke dalam hampir 50 bahasa,
Lima Kunci Makanan selamat digunakan sebagai asas bagi program pendidikan di seluruh dunia dan oleh sektor awam dan swasta untuk melatih pengendali makanan. Pada tahun 2006, telah diterbitkan Lima Kunci cara menyedikan Makanan selamat, dan pada tahun 2007 disesuaikan Lima kunci iaitu mesej kepada pelancong (Panduan pada Makanan Selamat untuk Pelancong). WHO membangunkan  program kejurulatihan di Afrika Selatan dan Tunisia.
Pada tahun 2007, berdasarkan kejayaan Lima Kunci Makanan selamat, WHO merasakan keperluan untuk menyampaikan mesej ini kepada seluruh negara di dunia. WHO menyedari  untuk menyampaikan konsep Lima Kunci yang menawarkan khidmat nasihat yang lebih meluas kepada masyarakat untuk meningkatkan kesihatan mereka dengan memberikan mesej yang mudah pada cara pemakanan yang sihat dan aktiviti fizikal bersama-sama dengan keselamatan makanan.

WHO menganggap konsep 3 Fives sebagai produk yang unik, dibuat khusus  untuk acara-acara sukan utama seperti kombinasi tertentu aktiviti keselamatan makanan, pemakanan dan fizikal mempunyai kaitan dengan kesihatan atlet. Di samping itu,melalui sukan ia mampu untuk disebarkan memandangkan jumlah penonton mencecah berbilion, ini merupakn peluang yang terbaik untuk menyebarkan konsep 3 five. WHO telah membentangkan konsep 3 Fives pada tahun 2008 di Perhimpunan Kesihatan Sedunia dan Kolej Alimentarius. Model 3 Fives telah diterima baik oleh negara-negara anggota sebagai produk berdasarkan respons kepada kebimbangan mengenai kesan keselamatan makanan, pemakanan dan aktiviti fizikal ke atas kesihatan manusia secara menyeluruh. Wakil Amerika Syarikat telah menyatakan minat untuk menggunakan 3 Fives adalam ativiti antarabangsa pada masa hadapan. Tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2012 di London juga telah menyatakan minat untuk menggunakan  kempen gaya hidup sihat.
3
3.0       Kesesuaian 3 Five Dalam Kehidupan Seharian
3.1       Ulasan tentang “Five Keys To Safer Food”
            Dalam Brosur 3 Five telah menggariskan 5 panduan untuk menyediakan makanan yang lebih selamat. Menurut  (Kompilasi Maj. Rapi, 2009) Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.

Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.

Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.

Menurut  (Noryati Ismail, 2002) Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya ‘Diet for a Small Planet’, beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, dan bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat.

            Pada pendapat penulis konsep 3 Five ini amat bersesuaian dengan kehidupan seharian kita kerana ianya telah menggariskan panduan yang setara untuk menjaga kesihatan iaitu:




4
Lima Kunci makanan yang lebih selamat;
1. Menjaga kebersihan
Basuh tangan anda dengan sabun dan kerap  sebelum mengendalikan makanan semasa penyediaan makanan. Basuh tangan dengan menggunakan sabun selepas menggunakan tandas dan cuci semua permukaan dan peralatan yang digunakan untuk penyediaan makanan. Lindungi  kawasan  dapur dan makanan dari serangga, makhluk perosak dan haiwan lain.
Menurut  (Raihanah binti Abdullah, 2005) Setiap kali sebelum menjamah makanan adalah dinasihat agar kita sentiasa membasuh tangan terlebih dahulu. Ini kerana terdapat kuman pada permukaan kulit yang boleh menyebabkan kita dijangkiti pelbagai penyakit. Kuman boleh disebarkan melalui tangan yang kotor dan percikan ludah iaitu ketika batuk atau bersin. Jangan memandang ringan terhadap keperluan untuk membasuh tangan. Membasuh tangan bukan sahaja ketika kita ingin makan, tetapi juga ketika kita memasak, mengemas rumah, selepas melakukan kegiatan di luar rumah seperti beriadah, bersenam, berkebun dan juga bermain. Membasuh tangan juga bukan sekadar membasahi tangan dengan air malah terdapat cara mencuci dengan betul.
           
2. Mengasingkan makanan mentah dengan makanan yang telah dimasak.
Mengasingkan bahan mentah seperti daging, ayam dan makanan laut daripada makanan lain. Gunakan peralatan berasingan seperti pisau dan papan pemotong untuk mengendalikan makanan mentah . menurut  (Roslan, 2010) Cara menyedia dan memasak makanan yang bijak boleh membuat sesuatu hidangan itu lebih berkhasiat:
  1. Buangkan lemak daging dan kulit ayam.
  2. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebelum dimakan. Elakkan daripada merendam buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir.

3. Masak masakan dengan sempurna
Masak makanan dengan sempurna, terutamanya daging, ayam, telur dan makanan laut Makanan yang dimasak perlu mendidih sehingga mencapai 70 ° C ini bagi memastikan
5

makanan yang dimask benar-benar masak..  Sebaik-baiknya, gunakan termometer.
Panaskan semula makanan yang telah dimasak dengan sempurna Elakkan berlebihan apabila menggoreng, memanggang atau membakar makanan seperti ini boleh menghasilkan bahan kimia toksik. Menurut  (Noryati Ismail, 2002) Lemak trans atau Trans Fat banyak didapati di dalam makanan-makanan yang diproses. Biasanya ia digunakan bagi membuatkan makanan tersebut tahan lama dan nampak segar. Akan tetapi realitinya ia membawa kemudaratan kepada kesihatan. Moga-moga info ini dapat memberi manfaat pada semua. Lemak ini membahayakan kesihatan manusia.

4. Simpan makanan pada suhu yang selamat
Jangan biarkan makanan yang telah dimasak pada suhu bilik selama lebih dari 2 jam
Menyejukkan segera semua makanan yang telah dimasak dan mudah rosak (sebaik-baiknya di bawah 5°C) Pastikan paip masak makanan panas (lebih daripada 60°C) sebelum berkhidmat. Jangan simpan makanan terlalu lama walaupun di dalam peti sejuk.
Jangan cair makanan beku pada suhu bilik.
Penyimpanan makanan dengan selamat akan membantu kita untuk menjaga kesihatan. Menurut  (Kompilasi Maj. Rapi, 2009) makanan perlu disimpan pada suhu yang betul, persekitaran yang bersih dan dimakan sebelum tarikh luput. Cara menyimpan makanan yang betul;
  1. Menyimpan dengan betul akan membantu untuk meminimakan makanan menjadi basi, tercemar dan membazir.
  2. Makanan yang telah dimasak boleh menjadi tercemar walaupun bercampur dengan sedikit sahaja bahan mentah.
  3. Menyimpan dalam peti sejuk adalah cara yang mudah dan selamat untuk menyimpan makanan bagi tempoh masa yang singkat.
  4. Jangan basuh sayur-sayuran hijau sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
  5. Simpan mentega atau marjerin berasingan dari ikan dan buah-buahan kerana ia boleh berubah dengan bau tersebut.

6

5. Penggunaan air bersih dan bahan-bahan mentah yang bersih
Penggunaan air bersih atau  membasuh kerana ia selamat. Pilih makanan segar dan bermutu. Pilih makanan yang diproses untuk keselamatan, cuci buah-buahan dan sayur-sayuran, terutamanya jika dimakan mentah. Jangan gunakan makanan di luar tarikh luput.
            Menurut laporan Harian Metro bertarikh 10 Februari 2011, di Gurun, Kedah, lebih 20 penghuni lima buah rumah di Kampung Sungai Rotan Dalam di sini terpaksa menggunakan air parit berikutan ketiadaan bekalan air bersih di kampung mereka. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kerana sumber air yang digunakan tidak bersih. Oleh yang demikian saluran air bersih perlu ditambahbaik bagi memastikan semua ahli masyarakat mendapat kemudahan dan sihat untuk jangka masa yang panjang.

3.2       Ulasan Tentang “Five Keys To A Healthy Diet”
Lima Kunci diet sihat 
1. Beri bayi menyusu hanya untuk 6 bulan pertama kelahiran. Dari lahir hingga 6 bulan usia bayi anda akan menerima susu ibu sahaja, siang dan malam.  Susui bayi anda apabila bayi merasa lapar. Namun pada pernyataan ini bertentang dengan ajaran Islam yang menyarankan penyusuan ibu mesti cukup umur dua tahun. Ini berdasarkan dalil al-Quran yang bermaksud
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu” dipetik dari suarah al-Baqarah ayat 233.
Menurut (Lokoman, 2011) kesan bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:

  1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.
Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti
  1. Diabetes.
Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak .
7
  1. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur.
  1. Masalah pernafasan.
Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak
  1. Jangkitan telinga.
Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak.

2. Makan pelbagai jenis makanan iaitu dengan makan kombinasi makanan yang berbeza; makanan ruji, kekacang, sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan dari haiwan. Ini kerana menurut ajaran Islam yang disarankan oleh Rasulullah ialah
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU, contoh :- KOKTEL
Sumber (Noryati Ismail, 2002)
3. Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan 
Makan pelbagai jenis sayur dan buah (lebih 400 gram setiap hari)  Makan sayur-sayuran mentah dan buah-buahan sebagai snek dan bukan makanan ringan yang tinggi gula atau lemak.  Apabila memasak sayur-sayuran dan buah-buahan, elakkan berlebihan kerana ini boleh membawa kepada kehilangan vitamin penting  Menurut  (Raihanah binti Abdullah, 2005), sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrisi seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Pengamal sayur-sayuran dan buah-buahan telah dikenalpasti hidup lebih sihat berbanding mereka yang makan jenis makanan yang lain. Kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun menjadikan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai menu utama mereka.
8
Ini kerana mereka telah mengenalpasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup.
Para penyelidik juga telah menyedari sebahagian daripada sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Kajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi di mana keempat-empat penyakit ini merupakan penyakit yang telah dikenalpasti yang mencatatkan kematian yang paling tinggi.

4. Mengambil makanan berlemak dan berminyak secara sederhana
Pilih minyak sayuran tidak tepu (seperti zaitun, soya, bunga matahari, jagung) dan bukannya lemak haiwan atau minyak yang tinggi dalam lemak tepu (seperti kelapa dan kelapa sawit)  Pilih daging putih (seperti ayam) dan ikan yang secara umumnya rendah lemak berbanding daging merah  Hadkan pengambilan daging diproses dan daging yang tinggi lemak dan garam  Gunakan susu rendah atau dikurangkan lemak dan produk tenusu.  Elakkan mengambil makanan yang mempunyai lemak bertoksik hasil daripada makan bergoreng , bakar dan sebagainya.
Menurut  (Muhlisah, 2000) pengambilan makanan berlemak  bukan salahsatu pantang larang ketika berdiet asalkan kita tidak memakan lemak yang tidak baik atau bad fats. Kita kena faham lemak terdiri daripada berbagai jenis yang di antaranya ada yang elok untuk kita makan dan ada di antaranya tidak elok untuk kita makan.

Lemak yang boleh dimakan adalah sebenarnya penting untuk fungsi badan seperti menghasilkan hormon, membina dinding sel tisu badan dan menyimpan tenaga. Lemak selalunya datang dari daging, ikan, ayam, susu, kekacang, bijirin dan minyak yang terhasil darinya dan juga beberapa jenis sayuran dan buah-buahan serta minyak yang terhasil darinya seperti minyak zaitun dan avocados. Dari jenis-jenis lemak atau minyak yang banyak itu, minyak yang tidak elok hanyalah minyak yang dikategorikan sebagai "trans fat" atau "trans fatty acids".
9

5. Kurangkan juga pengambilan garam dan gula 
Memasak dan menyediakan makanan dengan garam sedikit. Elakkan makanan dengan kandungan garam yang tinggi.  Hadkan pengambilan minuman ringan dan minuman buah-buahan manis dengan gula.  Pilih buah-buahan segar untuk makanan dan bukan makanan yang manis dan konfeksi (biskut dan kek contohnya) . Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, satu kajian yang dilaksanakan pada tahun 2002 dan 2003 mendapai penduduk Malaysia mengembil gula dan garam 25 peratus lebih tinggi daripada yang ditetapkan oleh WHO. Ini menunjukkan amalan pemakanan yang tidak sihat di kalangan penduduk Malaysia.

3.3 Ulasan tentang “Five Keys To Appropriate Physical Activity”

Lima Kunci aktiviti fizikal yang sesuai 
1. Jika anda tidak aktif, ia tidak terlambat untuk memulakan aktiviti fizikal dan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak aktif  Cari aktiviti fizikal yang menyeronokkan Secara beransur-ansur meningkatkan penglibatan anda dalam aktiviti fizikal Aktif dengan ahli keluarga di rumah dan di luar.  Kurangkan tabiat tidak aktif seperti menonton televisyen dan bermain komputer. Menurut  (Majod, 2005), kecergasan ialah satu keadaan di mana fizikal seseorang itu membolehkan ia melakukan  aktiviti-aktiviti harian dengan efektif, mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti-aktiviti  riadah dan masih mempunyai tenaga yang mencukupi ketika waktu kecemasan.  Kecergasan boleh ditingkatkan dengan senaman yang bersesuaian.

2. Sentiasa aktif setiap hari dengan cara yang anda boleh buat. Berjalan ke kedai-kedai tempatan  Ambil tangga daripada lif  Turun bas awal dan berjalan. Ini adalah bersesuaian denan saranan  (Kementerian Kesihatan Malaysia, Info sihat, 2010) yang menyarankan supaya masyarakat mengamajkan berjalan 1000 langkah sehari.  


10

Menurut (Majod, 2005) berjalan kaki Banyak kelebihan lain jika rajin berjalan kaki misalnya ia membantu dari segi:
  1. mengurangkan tekanan darah dan kolesterol
  2. mengurangkan berat badan
  3. meningkatkan fleksibiliti sendi dan oto
  4. menguatkan otot dan tulang
  5. meningkatkan sistem ketahanan tubuh
  6. pernafasan lebih baik
  7. tidur lebih lena
  8. mengekalkan kimia tubuh yang seimbang
  9. membina keyakinan dan kesejahteraan mental

3. Adakah sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk aktiviti yang sederhana berat sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 hari seminggu atau lebih kerap.  Manakala menurut  (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009), lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari; tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)   ini bagi memastikan senaman yang dilakukan adalah bereterusan dan tidak membebankan.

4. Lakukan aktiviti yang tetap untuk mendapatkan kecergasan. Aktiviti fizikal yang lasak boleh dilakukan seperti bermain bola sepak, badminton atau bola keranjang dan aktiviti-aktiviti seperti senamrobik, berlari dan berenang  Sertai pasukan atau kelab untuk bermain sukan yang anda gemari Berbasikal untuk bekerja dan bukannya mengambil kereta. Menurut (Majod, 2005) semua kanak-kanak, baik bayi mahupun remaja dan orang dewasa. Bermain yang lazimnya membabitkan pelbagai aktiviti  dipilih sendiri, didapati menyeronokkan dan digemari kanak-kanak, sama ada secara bersendirian atau bersama orang lain. Ia bukan sahaja kegiatan yang dilakukan oleh kanak-kanak untuk menghilangkan rasa bosan tetapi juga sebahagian penting daripada perkembangan awal mereka.
11

5. Di sekolah pelajar sepatutnya terlibat dalam sukan sekurang-kurangnya selama 60 minit untuk aktiviti sederhana hingga kuat untuk aktiviti fizikal setiap hari 
Ini akan menggalakkan golongan muda untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan fizikal. Selain itu, ia  memberi anak-anak muda dengan persekitaran yang selamat dan menyokong aktiviti fizikal  Mendedahkan golongan muda kepada pelbagai aktiviti fizikal di sekolah dan di rumah.
            Di sekolah kurikulum telah menetapkan peruntukkan masa 60 minit seminggu untuk aktiviti pendidikan jasmani dan kesihan ini merupakan bertepatan dengan saranan 3five.  Menurut (Shakirabid, 2010) peruntukan waktu pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan di sekolah surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25) yang dikeluarkan pada 18 november 1998 oleh pejabat KPPM. Oleh yang demikian adalah menjadi kewajipan kepada guru untuk melaksanakannya bagi memastikan pelajar mendapat latihan surang-kurangnya 60 minit sehari.

4.0       Kesimpulan
            Kepentingan menjaga kesihatan sememangnya tidak dapat disangkal lagi, ianya merupakan perbualan dan perbincangan semua pihak setiap hari dan setiap masa. Ini kerana setiap individu akan berhadapan dengan masalah kesihatan dalam hidup mereka.
Kita selalu mendengar, jagalah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara, di antaranya kesihatan. kesihatan ni sangat penting, lebih - lebih lagi kita ni sebagai benda hidup. kalau kita tidak sihat, banyak perkara akan terbantut, pelajar tidak boleh ke sekolah, pekerja perlu mengambil cuti dan sebagainya.
Cara yang paling mudah ialah datangnya dari diri sendiri. faktor utama ialah kebersihan diri. membersihkan diri dengan betul, membasuh tangan, mandi, membasuh pakaian dan menjaga persekitaran supaya sentiasa bersih dapat mengelakkan dari gejala penyakit yang berbahaya.
Selain itu, pengambilan makanan yang seimbang juga penting bagi mengekalkan tahap kesihatan kita. pengambilan makanan segera yang berlebihan tidak digalakkan,
12
sebaliknya mengambil makanan yang tinggi zatnya dari segi protien, karbohidrat dan vitamin untuk mengekalkan tenaga harian.
Melakukan aktiviti senaman juga merupakan langkah terbaik untuk kesihatan, di samping meningkatkan kecergasan, dapat juga mengeluarkan toksin melalui peluh. Lakukan senaman ringan, di galakkan sekurang - kurangnya 20 - 30 minit sehari. tidak perlu senaman yang memenatkan, cukup sekadar memanaskan badan.

Lakukan pemeriksaan berkala, untuk memantau atau mengenal pasti tahap kesihatan kita dari masa ke semasa. Jumpalah doktor anda untuk mendapatkan nasihat tambahan supaya kita kekal sihat. kalau malas nak jumpa doktor, boleh juga gunakan mesin - mesin yang ada di sediakan di tempat - tempat terpilih.
Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengamalkan saranan yang telah dinyatakan dalam 3five.

(3055 patah perkataan)














13


RUJUKAN / REFERENSI
(2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2010, 11 2). Retrieved 6 11, 2011, from Info sihat:
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2009, 9 1). Panduan Kebersihan Makanan untuk

Kompilasi Maj. Rapi. (2009). Diet, Sihat & Murah. Shah Alam: Buku Prima.
Lokoman, U. I. (2011, 1 1). Dunia Susu Ibu. Retrieved 6 10, 2011, from
Majod, A. (2005). Hidup Sihat. Kuala Lumpur: Utusan Publications
Muhlisah, F. (2000). Aneka Makanan Ringan. Yogjakarta: Penerbit Kanisius.
N. Chesworth. (1997). Food Hygiene Auditing . New York: Chap Man and Hall.
Noryati Ismail. (2002). Keracunan Makanan. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Raihanah binti Abdullah. (2005). Kesihatan Keluarga. Kuala Lumpur: PTS.
Rohayati Bakri. (2009). Memasak itu Mudah. Batu Caves: PTS Milenia.
Roslan, M. (2010, 2 1). Cara Menyediakan makan berkhasiat. Retrieved 5 11, 2011, from
S Roday. (1999). Food Hygiene And Sanitation . Noida: Tata McGraw Hill.
SHAKIRABIDSHAKIRABID. (2010, 11 4). Info Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
    Retrieved 6 28, 2011, from
    jasmani-dan.html




14

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Morfologi dan Sintaksis

Linguistik Dan Sosiolinguistik