Morfologi dan Sintaksis
1. Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan
bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang
bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal
atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang
sama.
1.1 Definisi Morfologi
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan
rakan –rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa
dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83,morfologi ialah disiplin ilmu bahasa
yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk
bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.
Manakala Abdullah
Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku
Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik
yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap
unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan
bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi
ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.
Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang
turut menjadi unit bahasa yang bermakna.
Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin
Abdul Aziz, dalam bukunyaTatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ),
1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu
morfologi satu cabang daripada ilmu
linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan
kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat
daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan
fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan
bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem
itu bergabung untuk membentuk ayat.
Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim
Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam
kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara pembentukkannya.
O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada
tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan
oleh Radiah Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36 iaitu morfologi
adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.
Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard
Bloomfield dalam bukunya Language yang
telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan
Noor Ein Mohd.Noor, menyatakan bahawa “Morfologi adalah
konstruksi yang mengandungi bentuk – bentuk terikat antara konsituen –
konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi kata – kata dan bahagian kata”.
2. Sintaksis
Cabang ilmu bahasa yang
mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
2.1 Definisi
Sintaksis
Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan
sebagai bidang ilmu
bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.. sintaksis
juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari
kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk
membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.. sintaksis
juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari
kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk
membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses
pembinaan ayat.
Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan
binaan ayat serta hukum atau
rumus tatabahasa
mengenai cara-cara penggabungan ayat.
Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan
aspek perbezaan binaan ayat
melalui jenis-jenis
ayat dan ragam ayat.
Petikan daripada Minda Pengarang
bertajuk “Model Politik Baru tidak ketepi roh perjuangan UMNO”, Berita Harian
bertarikh 18 Oktober 2010/Isnin.
3. Aspek morfologi dan sintaksis yang terdapat
dalam petikan.
3.1 Aspek
Morfologi
3.1.1 Imbuhan
Imbuhan
bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain
yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan dibahagikan kepada empat
jenis iaitu imbuhan awalan, akhiran, sisipan dan apitan.
i. Imbuhan awalan
Imbuhan
yang ditambah pada bahagian hadapan kata dasar.
Contoh
1: Imbuhan awalan yang terdapat dalam petikan.
Apabila
Datuk Seri Najib Razak, bercakap
soal Model Politik Baru (MPB) bermakna
Presiden UMNO itu bercakap soal satu
gagasan baru yang besar. (Perenggan 1, baris 1)
ii. Imbuhan apitan
Imbuhan
yang hadir selepas kata dasar.
Contoh
2: Imbuhan akhiran yang terdapat dalam petikan.
Sebagai
acara paling menjadi tumpuan minggu
ini, beliau pasti akan menjelmakan pemikiran itu melalui wadah dan landasan
parti iaitu Perhimpunan Agung UMNO ke-61, mulai
Khamis hingga Sabtu ini. (perenggan 1, baris 3)
iii. Imbuhan apitan
Imbuhan
yang hadir serentak
Contoh
3: Imbuhan apitan yang terdapat dalam petikan.
Sistem
politik hari ini dibentuk oleh Barat yang mengambil kira pemikiran politik ketika itu. (perenggan 2, baris 1)
iv. Imbuhan asing-Imbuhan
Yunani-Latin-Inggeris
Contoh
4: Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris yang terdapat dalam petikan.
Barat
memperkukuhkan sistem politik sekarang juga difahamkan selepas mengambil jalan
tengah antara komunisme dan fascisme. (perenggan 2, baris 5)
3.1.2
Pembentukan Kata
Nik Safiah Karim dan rakan
(1996) memberi definisi bahawa perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna,
yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan
dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata tunggal, kata majmuk,
kata terbitan dan kata ganda.
i. Kata Tunggal
Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu
bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar
yang lain. Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu
suku kata.
Contoh
1: Kata tunggal akronim yang terdapat dalam petikan.
MPB ternyata seiring dengan MBE
yang berasaskan roh Dasar Ekonomi Baru
(DEB). (perenggan 2, baris 21)
Model
Politik Baru-MPB
Model
Baru Ekonomi-MBE
Dasar
Ekonomi Baru-DEB
Contoh
2: Kata tunggal satu suku kata yang terdapat dalam petikan.
MPB
ternyata seiring dengan MBE yang berasaskan roh Dasar Ekonomi Baru (DEB). (perenggan 2, baris 21)
Contoh
3: Kata tunggal dua suku kata yang terdapat dalam petikan.
Najib
yang memulakan gerak kerja era
kepemimpinannya dengan program transformasi kerajaan dan kemudian menggariskan
Model Ekonomi Baru (MBE), ternyata mendahului pemikiran kalangan pemimpin di
kebanyakan negara. (perenggan 1, baris 7)
ii. Kata Majmuk
Bentuk kata majmuk lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses
yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa
makna tertentu. Kata majmuk dieja
terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Kata majmuk tidak boleh
menerima sebarang penyisipan unsur lain.
Contoh 1: Kata majmuk istilah khusus yang terdapat dalam petikan.
Najib
yang memulakan gerak kerja era
kepemimpinannya dengan program transformasi kerajaan dan kemudian menggariskan
Model Ekonomi Baru (MBE), ternyata mendahului pemikiran kalangan pemimpin di
kebanyakan negara. (perenggan 1, baris 7)
Contoh
2: Kata majmuk mendukung maksud kiasan yang terdapat dalam petikan.
Barat
memperkukuhkan sistem politik sekarang juga difahamkan selepas mengambil jalan tengah antara komunisme dan
fascisme. (perenggan 2, baris 5)
iii. Kata Ganda
Proses penggandaan ialah proses yang menggandakan kata dasar. Tiga
jenis penggandaan iaitu
penggandaan penuh, penggandaan separa
dan penggandaan berentak
Contoh 1: Kata ganda penuh
yang terdapat dalam petikan.
Parti politik dengan
perjuangan dan pendapat masing-masing.
(perenggan 2, baris 40)
iv. Kata Terbitan
Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar
yang mendapat atau menerima imbuhan sama ada awalan, akhiran, apitan atau
sisipan. Nik Safiah et.al (1996): Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang
dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan
pada kata dasar.
Contoh 1: Kata terbitan yang terdapat dalam petikan.
Seperti sukarnya untuk mengubah pemikiran politik masyarakat Malaysia, sudah tentulah anjakan politik yang akan dibawa ini memerlukan tugas mendidik bermula
daripada ahli dan pemimpin UMNO kemudian dikembangkan
secara meluas kepada rakyat.
(perenggan 2, baris 36)
3.1.3
Golongan Kata Nama
Kata
nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama am
dan kata ganti nama .
i. Kata Nama Khas
Nik
Safiah Karim et al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan
untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan
(institusi), undang-undang,
bangsa,
bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama
khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua,
iaitu nama khas hidup
dan
nama khas tidak hidup. Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu manusia
dan bukan manusia.
Contoh1:
Kata nama khas yang terdapat dalam petikan.
Apabila
Datuk Seri Najib Razak, bercakap
soal Model Politik Baru (MPB) bermakna Presiden UMNO itu bercakap soal satu
gagasan baru yang besar. (Perenggan 1, baris 1)
Contoh 2: Kata nama khas yang terdapat dalam petikan.
Melihat kepada senario dan
landskap politik di rantau ini khasnya di Negara
Dunia Ketiga, setiap negara sewajarnya mula memikirkan corak baru politik bagi
menghadapi cabaran akan datang. (perenggan 2, baris 13)
ii. Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau
konsep yang umum sifatnya.
Contoh 1: Kata nama am yang terdapat dalam petikan.
Seperti sukarnya untuk mengubah
pemikiran politik masyarakat
Malaysia, sudah tentulah anjakan politik yang akan dibawa ini memerlukan tugas mendidik
bermula daripada ahli dan pemimpin UMNO kemudian dikembangkan
secara meluas kepada rakyat.
(perenggan 2, baris 36)
iii. Kata Ganti Nama
Asraf
(2007) memberikan definisi kata ganti nama sebagai kata yang mengambil tempat
kata nama sebagai pengganti. Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama
sebagai perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.
Contoh
1: Kata ganti nama yang terdapat dalam petikan.
Sebagai
acara paling menjadi tumpuan minggu ini, beliau
pasti akan menjelmakan pemikiran itu melalui wadah dan landasan parti iaitu
Perhimpunan Agung UMNO ke-61, mulai Khamis hingga Sabtu ini. (perenggan 1,
baris 3)
3.1.4
Golongan Kata Kerja
Kata
kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa
kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa
unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan
(Nik Safiah Karim et.al, 1996). Za’ba (1965) menamakan kata kerja sebagai
perbuatan. Za’ba menyatakan, jika kita menyebut fasal membuat atau mengerjakan
sesuatu perbuatan terpaksalah memakai perkataan yang dinamakan ‘perbuatan’,
kerana ialah sebutan bagi menyatakan perbuatan itu.
i. Kata kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif pula dapat dibahagikan kepada dua
subgolongan, iaitu kata kerja tak
transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.
Contoh 1: Kata
kerja tak transitif yang terdapat dalam petikan.
Pemimpin
politik Barat juga tidak pernah bercakap
soal itu kerana berpendapat sistem politik yang ada masih relevan. (perenggan
1, baris 15)
ii. Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang
terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja
transitif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata kerja transitif yang
berfungsi dalam ayat aktif dan kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat
pasif.
Contoh 1: Kata kerja transitif yang
terdapat dalam petikan.
Beliau adalah pemimpin sebuah parti dan kerajaan pertama di dunia
yang menyuarakan soal model baru
politik ketika pemimpin lain taksub dengan pegangan dan pendapat bahawa sistem
politik yang sedia ada tidak lagi boleh diubah. (perenggan 1, baris 11)
3.1.5
Kata Adjektif
Kata
Adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi unsur
inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi. Kata dalam golongan kata adjektif
menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif
mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali,
paling, agak, benar. Kata adjektif boleh
terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan;
sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan.
i. Kata adjektif perasaan
Kata
adjektif perasaan ialah jenis perkataan yang mempunyai makna konsep perasaan,
sebagai penerang kata adjektif dan harus diikuti oleh kata sendi nama.
Contoh
1: Kata adjektif perasaan yang terdapat dalam petikan.
Pemikiran
jumud dan taksub politik tidak perlu wujud lagi kerana ia tidak
memperlihatkan tuntutan semasa khalayak tetapi tembok yang dicipta oleh
pemimpin itu untuk mempertahankan kedudukan politiknya. (perenggan 2, baris 10)
ii. Kata adjektif ukuran
Kata
adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang memberikan pengertian ukuran sebagai
unsur keterangan.
Contoh
2: Kata adjektif ukuran yang terdapat dalam petikan.
Apabila
Datuk Seri Najib Razak, bercakap soal Model Politik Baru (MPB) bermakna
Presiden UMNO itu bercakap soal satu gagasan baru yang besar. (Perenggan 1, baris 1)
3.1.6
Kata Tugas
Kata
tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk
mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi sebagai kata
praklausa, prafrasa, atau sebagai kata pascakata.
i. Kata Hubung Gabungan
Menghubungkan
klausa yang sama tara sifatnya.
Contoh
1: Kata hubung gabungan yang terdapat dalam petikan.
Sebagai
acara paling menjadi tumpuan minggu ini, beliau pasti akan menjelmakan
pemikiran itu melalui wadah dan
landasan parti iaitu Perhimpunan Agung UMNO ke-61, mulai Khamis hingga Sabtu
ini. (perenggan 1, baris 3)
ii. Kata Hubung Pancangan
Menyambungkan
klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.
Contoh
1: Kata hubung pancangan yang terdapat dalam petikan.
Beliau adalah pemimpin sebuah parti dan kerajaan pertama di dunia yang menyuarakan soal model baru
politik ketika pemimpin lain taksub dengan pegangan dan pendapat bahawa sistem politik yang sedia ada
tidak lagi boleh diubah. (perenggan 1, baris 11)
iii. Kata Pemeri
Kata
pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan
frasa utama dalam predikat.
Contoh
1: Kata pemeri ialah yang terdapat dalam petikan.
Ringkas
dan secara logiknya ialah perubahan
ekonomi memerlukan perubahan politik. (perenggan 2, baris 26)
Contoh
2: Kata
pemeri adalah yang terdapat dalam petikan.
Barat masih kekal dengan sistem politik yang mereka amalkan sejak
ratusan tahun lalu dan ia adalah
penggabungan sistem dalam politik dan kerajaan. (perenggan 1, baris 18)
3.2
Aspek Sintaksis
3.2.1 Ayat Majmuk
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, (Nik Safiah Karim et. al. 2002),
mendefinisikan ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau
lebih ayat tunggal. Ayat majmuk juga disebut ayat berlapis.
i. Ayat majmuk
gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat
atau lebih ayat tunggal yang setara sifatnya yang digabungkan dengan
menggunakan kata penghubung dan, atau, tetapi, dan sebagainya.
Contoh 1: Ayat majmuk gabungan yang terdapat dalam petikan.
Najib
yang memulakan gerak kerja era kepemimpinannya dengan program transformasi
kerajaan dan kemudian menggariskan
Model Ekonomi Baru (MBE), ternyata mendahului pemikiran kalangan pemimpin di
kebanyakan negara. (perenggan 1, baris 7)
ii. Ayat majmuk pancangan
Dalam ayat majmuk pancangan, terdapat satu ayat utama atau ayat
induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat
induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu (Nik Safiah Karim et. al.
2002: 484). Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan
mengikut cara pembentukan serta jenis ayat yang dipancangkan.
a.
Ayat relative
Ayat
relatif boleh dikenal pasti melalui penggunaan kata yang.
Contoh 1
Kita menganggap Najib
sebagai pemimpin yang berani
melakukan perubahan besar, dari pendekatan baru ekonomi kepada politik.
(perenggan 2, baris 43)
- Ayat komplemen
Menurut Nik Safiah et.
al. (2002:488), pembentukan ayat-ayat komplemen biasanya disertai beberapa
perkataan tertentu yang digunakan sebagai kata komplemen untuk menandakan
hubungan berkenaan. (bahawa dan untuk)
Contoh 1
Beliau adalah pemimpin
sebuah parti dan kerajaan pertama di dunia yang menyuarakan soal model baru
politik ketika pemimpin lain taksub dengan pegangan dan pendapat bahawa sistem politik yang sedia ada
tidak lagi boleh diubah. (perenggan 1, baris 11)
- Ayat keterangan
Ayat majmuk keterangan
menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2002:492) terdiri daripada satu ayat
induk dan satu ayat kecil atau leih yang berfungsi sebagai keterangan kepada
predikat.
Contoh 1: Ayat keterangan yang
terdapat dalam petikan.
Pemikiran jumud dan taksub
politik tidak perlu wujud lagi kerana
ia tidak memperlihatkan tuntutan semasa khalayak tetapi tembok yang dicipta
oleh pemimpin itu untuk mempertahankan kedudukan politiknya. (perenggan 2,
baris 10)
iii. Ayat majmuk campuran
Ayat
majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat,
yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau
deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk (Nik Safiah Karim et. al., 2002:496).
Contoh
1: Ayat majmuk campuran yang terdapat dalam petikan.
Pemikiran
jumud dan taksub politik tidak perlu wujud lagi kerana ia tidak memperlihatkan tuntutan semasa khalayak tetapi tembok yang dicipta oleh pemimpin itu untuk mempertahankan kedudukan politiknya.
(perenggan 2, baris 10)
3.2.2
Ayat aktif
Ayat
aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal
sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
i. Ayat aktif transitif
Ayat
aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang
diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur
penyambutnya.
Contoh
1: Ayat aktif transitif yang terdapat
dalam petikan.
Beliau adalah pemimpin sebuah parti dan kerajaan pertama di dunia
yang menyuarakan soal model baru politik ketika pemimpin lain taksub dengan
pegangan dan pendapat bahawa sistem politik yang sedia ada tidak lagi boleh
diubah. (perenggan 1, baris 11)
ii. Ayat aktif tak transitif
Ayat
aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif
iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Ayat aktif tak
transitif dibahagikan kepada dua jenis iaitu ayat aktif tak transitif dengan
keterangan yang boleh digugurkan dan ayat aktif tak transitif yang keterangan
yang tidak boleh digugurkan.
Contoh 1: Ayat aktif tak transitif yang terdapat dalam petikan.
Pemimpin
politik Barat juga tidak pernah bercakap soal itu kerana berpendapat sistem
politik yang ada masih relevan. (perenggan 1, baris 15)
3.2.3 Ayat pasif
Ayat pasif ialah ayat
yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja
tetapi mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat
pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu:
- Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif;
- Ayat pasif dengan kata ganti
nama diri pertama dan kedua; dan
- Ayat pasif dengan
perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
Contoh 1: Ayat pasif dengan kata ganti nama yang terdapat dalam
petikan.
Barat masih kekal dengan sistem politik yang mereka amalkan sejak ratusan tahun lalu dan ia adalah penggabungan
sistem dalam politik dan kerajaan. (perenggan 1, baris 18)
4. Refleksi hasil dapatan analisis petikan
daripada Minda Pengarang bertajuk “Model Politik Baru tidak ketepi roh
perjuangan UMNO”, Berita Harian bertarikh 18 Oktober 2010/Isnin.
Hasil daripada analisis petikan, saya mendapati penulis
banyak menggunakan aspek morfologi dan sintaksis dalam penulisan. Penulis
banyak menulis pelbagai ayat majmuk berbanding ayat tunggal. Penggunaan
perkataan yang mencakupi banyak aspek
moforlogi menjadi sesuatu ayat yang ditulis
begitu gramatis di samping para pembaca mudah memahami maksud ayat-ayat
tersebut. Gaya penulisan penulis juga amat baik dan bertepatan dengan isu yang
diperkatakan. Menerusi tajuk wacana ini, saya mengkategorikannya sebagai
penulisan yang berkisar tentang perubahan sosio ekonomi dan sosio politik negara
di mana, penulis cuba mengetengahkan gaya kepemimpinan seorang pemimpin melalui
perubahan dasar yang dipeloporinya. Penggunaan perkataan dan ayat yang pelbagai
dalam petikan menggambarkan kematangan
penulis mengupas wacana tersebut, di samping dapat menyampaikan mesej yang
berkesan disebabkan unsur-unsur morfologi dan sintaksis yang terdapat dalam
penggunaan ayat. Unsur-unsur ayat
seperti penggunaan frasa dan klausa yang menarik menyebabkan mesej yang ditulis
adalah mudah difahami. Selain itu, dari segi aspek ejaan, penulis jugat
menggunakan kata serapan bahasa Inggeris
seperti “komunisme” dan “fascisme” dengan betul, bertepatan dengan
maksud ayat yang ditulis .
Secara
kesimpulannya, petikan yang ditulis oleh penulis menepati aspek morfologi dan
sintaksis seperti yang terkandung dalam Tatabahasa Dewan. Namun begitu, penulis
hanya mengarang dalam dua perenggan sahaja dan menyebabkan setiap perenggan
terlalu panjang. Walau bagaimanapun, tidaklah menganggu pemahaman pembaca
kerana kematangan penulis memang terserlah daripada hasil tulisannya.
Sekian,
terima kasih.
Bibliografi
Abdullah
Hassan. (2003). Tatabahasa Bahasa Melayu
Morfologi dan sintaksis. Pahang: PTS
Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Dr
Ali Mahmood, Dr Seman Salleh, Mashudi Bahari dan Munsyi Zainal Abidin Kasim.
(2010).
Hbml2103 Morfologi dan
Sintaksis Bahasa Melayu. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Nik
Safiah Karim et.al. (2004). Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur:
Dawama Sdn. Bhd.
Petikan
Minda Pengarang Berita Harian. (2010). Model
Politik Baru tidak ketepi roh perjuangan
UMNO.
Ulasan
Catat Ulasan