Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013
Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu 1.0       Pengenalan             Penanda Wacana digunakan untuk memantapkan lagi keutuhan wacana bagi mengaitkan perenggan dengan perenggan. Selain itu, penanda wacana juga digunakan untuk mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Aspek penanda wacana akan mempengaruhi pengolahan, struktur ayat, pemerenggan, kosa kata, dan bahasa secara keseluruhannya yang sangat diperlukan dalam usaha menghasilkan sebuah karangan atau ucapan yang baik. Dalam huraian isi, penanda wacana dan pola perlu diberikan perhatian juga. Penggunaan kata yang sesuai penting supaya huraian pada isi pokok itu tidak kelihatan terpisah antara satu sama lain.   Tegasnya, penanda wacana menyempurnakan tautan isi-isi di dalam ucapan atau esei. Dalam bahasa Melayu lama, satu ciri yang menonjol ialah penggunaan penanda wacana dengan banyaknya. Contohnya ialah maka, syahdan, sebermula, arakian, hatta, kata sahibul hikayat , dan lain-lain lagi. Pe