Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

KOMSAS

1.0       Pengenalan SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2000: Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Tingkatan I hingga Tingkatan 5) Bermula Tahun 2000. Komponen Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan minat membaca di kalangan pelajar, serta memperkukuhkan kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis. Di samping itu, pengajaran komponen Kesusasteraan Melayu diharap dapat menyumbang kepada pembentukan sahsiah, peluasan pengetahuan dan persepsi pelajar, serta meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kemanusiaan, kemasyarakatan dan budaya.  Komponen Kesusasteraan Melayu akan dijalankan secara berperingkat-peringkat mulai bulan Mac 2000.  Bilangan teks bagi setiap tingkatan adalah seperti yang berikut: a. Satu novel daripada pilihan 4 judul yang ditetapkan. Ini bermakna, seorang pelajar hanya wajib membaca dan mempelajari s