Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Gaya Hidup Sihat

1.0       Pengenalan 1.1       Ulasan Tentang Brosur 3Five Penulis Brosur: Brosur ini telah disediakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dengan kerjasama daripada kementerian Kesihatan Republik China dan Pusat Pentadbiran Keselamatan Makanan Beijing. Sebenarnya telah diperkenalkan oleh WHO sejak tahun 2001 dan ianya dengan rasminya dilancarkan pada 10 Mac 2008, WHO, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Pusat Pentadbiran Makanan Beijing  dan jawatankuasa penganjur bagi Sukan Olimpik. Isi kandungan Brosur: Brosur ini telah memuatkan tentang 3Five , ini kerana pada kebiasaanya semua orang ingin kelihatan cergas dan merasa sihat, dengan memilih makanan yang selamat, makanan berkhasiat dan aktiviti fizikal yang biasa dilakukan seseorang itu dapat meningkatkan kesihatan mereka.             Brosur ini akan meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang The 3 Five yang dapat menolong seseorang untuk membuat pilihan yang tepat berkaitan dengan penjagaa kesihatan. Sikap yang ba

Linguistik Dan Sosiolinguistik

LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK 1.         Pengenalan             Menurut Kamus Dewan, edisi keempat, bahasa kasar bermaksud bahasa yang tidak sopan atau tidak manis dituturkan (digunakan). Manakala bahasa kesat adalah bahasa kasar yang digunakan untuk percakapan atau tulisan yang menyakitkan hati orang lain apabila mendengar atau membacanya. Penggunaan bahasa yang kasar dan kurang sopan akan menimbulkan kesan yang buruk, malah akan menjejaskan hubungan kedua-dua pihak yang terbabit. Bahasa kasar adalah lawan bagi bahasa halus iaitu tidak mementingkan amalan sopan santun dalam proses berbahasa. Di samping itu, penggunaan bahasa kasar juga dapat menyinggung perasaan orang lain. Seperti yang telah dinyatakan dalam maksud bahasa kasar tadi, dapatlah dibahagikan bahasa kasar kepada dua kategori iaitu: a.         Bahasa Kasar Bahasa tidak sopan ini dikaitkan dengan penggunaan bentuk bahasa yang tidak sesuai dengan tempat dan konteks sehingga menyentuh perasaan pihak t